Friday, 30 March 2012

Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan

Langkah - langkah yang perlu dilakukan untuk memastikan bidang Teknologi Dan Inovasi Dalam Pendidikan dapat dijadikan rutin dalam aktiviti harian:

1. Memperkenalkan kaedah e-pembelajaran di IPT dengan lebih meluas memalui kaedah ini dapat meningkatkan prestasi akademik. Pihak IPT juga dapat mewajibkan setiap pelajar melibatkan diri secara langsung atau tidak langsung dalam e-pembelajaran.

2. Kerajaan perlu menambahkan inisiatif dalam sistem Inovasi Negara, iaitu melalui sokongan fizikal dan insentif kewangan. Usaha gigih akan digerakkan ke arah mempertingkatkan modal insan bagi memperkukuhkan kemampuan dan keupayaan teknologi untuk menyokong pertumbuhan dorongan inovasi.

3. Menganjurkan ekosistem inovasi terbuka dengan perkongsian pengetahuan antara syarikat korporat, masyarakat, institusi penyelidikan dan universiti. Keutamaan yang paling tinggi akan diberikan kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berorientasikan pasaran dan meningkatkan kadar penghormatan R&D.

4. Mengadakan operasi secara besar-besaran tentang kesedaran teknologi inovasi dalam media massa dan media elektronik. Kemajuan penyebaran dan penggunaan pengetahuan dalam teknologi akan dipertingkatkan bagi mengubah nilai kepada kepelbagaian aktiviti ekonomi negara.

5.Dalam mempertingkatkan keupayaan pelajar dalam pendidikan untuk memproses mengenai pengetahuan serta menggalakkan inovasi, satu pendekatan holisik akan diterima pakai bagi memperkukuhkan Sistem Inovasi Kebangsaan (NIS) untuk meningkatkan produktiviti dan daya saing.


NAMA : FARIDAH HANIM BINTI ABDUL RAHMAN
NO. MATRIKS: A 135260
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KEJURURAWATAN  DENGAN KEPUJIAN (SEPARUH MASA)
TAHUN PENGAJIAN : TAHUN 2
SEMESTER : 2 (2011/2012)